Baiklah...para peminat blog kami,dalam menulis perenggan isi ,kita perlu fokus terhadap empat perkara utama seperti di bawah.Dengan ini,kita akan dapat menjadikan sesuatu karangan tersebut dengan lebih menarik dan teliti susunan karangannya.
Dalam pada itu,kita juga perlu menguasai komponen asas bagi setiap perenggan isi selain menitikberatkan tentang perkara utama
Isi Pertama
Ayat 1 : Salah satu (kehendak soalan) ialah / adalah (isi utama)
Ayat 2 : Hal ini demikian kerana ( huraian – mengapa?)
Ayat 3 : Perkara ini perlu direalisasikan dengan huraian – bagaimana?)
Ayat 4 : Sebagai contoh / Contohnya (ayat contoh)
Ayat 5 : Melalui perbincangan ini, jelaslah bahawa (ayat penegas)
Tajuk : Kepentingan Perpaduan antara Kaum
Ayat 1 : (Isi utama) Kestabilan politik dalam Negara dapat dikekalkan.
Ayat 2 : (Huraian – Mengapa?) Politik yang stabil akan menjamin keamanan tanah air tercinta.
Ayat 3 : (Huraian – Bagaimana?) Sentiasa menghormati kepercayaan dan budaya bangsa lain yang unik dan istimewa.
Ayat 4 : (Contoh) Rakyat Malaysia dapat merayakan perayaan besar di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali dengan meriah dan harmoni.
Ayat 5 : (Ayat penegas) Perpaduan antara kaum dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara.
Salah satu _____________________ ialah _______________________. Hal ini demikian kerana, ____________________. Perkara ini perlu direalisasikan dengan _____________________. Sebagai contoh, ____________________________________.Melalui perbincangan ini, jelaslah bahawa ________________.
(Sambung dengan isi seterusnya berpandukan seperti di atas)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan