Jumaat, 15 April 2016

Peribahasa- Latihan 2




Kepada pembaca-pembaca sekalian,

    Peribahasa yang diberikan di blog ini disertakan bersama gambar supaya dapat membantu pembaca sekalian untuk menghafal peribahasa dengan lebih cepat dan cekap. :)

 


PERIBAHASA


Latihan 2


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.


Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu dan India mampu meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari kampug yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya ,mengapakah kita tidak boleh berjaya. Oleh itu,beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan teranncang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

 Image result for orang berdiri  

ii) Jika tidak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya.

Image result for ruyung sagu   Image result for sagu

iii) Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

Image result for kemahuan       Image result for jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan